Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OSS rancang tambah 80 cawangan di Sabah

Kelvin (tengah) bersama dua pekerja OSS menunjukkan isyarat bagus di premis itu yang terletak di Asia City, Kota Kinabalu-
Kelvin (tengah) bersama dua pekerja OSS menunjukkan isyarat bagus di premis itu yang terletak di Asia City, Kota Kinabalu-

KOTA KINABALU – Syarikat perniagaan francais, One Stop Superstore (OSS) merancang untuk menambah sebanyak 80 buah premisnya di Sabah menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besarnya, Kelvin Chin berkata, setakat ini pihaknya mempunyai kira- kira 155 buah cawangan di seluruh negara termasuk sebanyak 66 premis di negeri ini sahaja.

“Kebanyakan pelanggan memilih untuk membeli barangan di sini kerana harga ditawarkan adalah murah berbanding kedai lain. Kami memiliki sebanyak 5,000 barangan yang dijual di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa strategi turut dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung termasuk menawarkan 20 peratus diskaun harga barangan untuk setiap pembelian kepada ahlinya.

Katanya, usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 50,000 pelanggan telah pun mendaftar sebagai ahli One Stop Superstore di seluruh negara.

Jelas beliau lagi, Sabah merupakan negeri yang mencatatkan jumlah keahlian tertinggi dengan seramai 30,000 ahli. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan