Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Osman Jamal calon tepat pilihan BN di Balung

Calon Barisan Nasional N.55 Balung Datuk Osman Jamal bersama pihak media selepas Program Bersama Rakyat di PPR Taman Sri Balung.

 

TAWAU – Bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi (Upen) Sabah, Datuk Osman Jamal, 61, berhadapan tugas getir sebagai calon BN untuk mempertahan Dun Balung

Beliau berhadapan persaingan lima penjuru iaitu Razali Hamzah (Harapan), Andi Rus Diana Andi Paladjareng (Warisan), Amboase Ramano (Pas) dan Alipha Jackery (Usno).

Osman yang berasal dari Kalabakan itu menggantikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Syed Abas Syed Ali yang merupakan penyandang Dun Balung pada PRU13.

Dikenali sebagai ‘Arkitek Pemodenan Urus Tanah Sabah’, Osman berkata, beliau akan melaksanakan dua inisiatif permulaan iaitu mendekati masyarakat serta menganalisis profil pembangunan Balung.

Osman berkata perkara pertama dilakukan adalah bertemu masyarakat termasuk anggota Umno di kawasan itu.

“Saya mahu mereka mengenali saya lebih dekat termasuk individu yang melakukan protes baru-baru ini kerana tidak mahu ada calon luar mewakili penduduk Dun Balung.

“Tetapi saya yakin selepas bertemu secara dekat mereka akan terima saya sebab saya juga anggota Umno sejak tahun 90-an lagi,” katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah.

Sebagai calon mewakili BN, katanya, perkara yang perlu dilakukan bukan bersifat peribadi tetapi apa yang beliau lakukan adalah memajukan Balung.

“Pengalaman mengetuai pentadbiran awam Sabah adalah aset yang akan digunakan untuk mentadbir Balung sekiranya diberikan mandat oleh rakyat,” katanya.

Sepanjang tempoh lebih 37 tahun berkhidmat, Osman telah bekerjasama dengan berbagai agensi bagi melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Beliau juga terlibat secara langsung dalam menyusun strategi pembangunan ekonomi dan sosial di negeri Sabah.

Kerjaya beliau memberikan beliau peluang menyelami dan melihat sendiri rintihan dan permasalahan sebenar yang dialami rakyat negeri Sabah dari peringkat akar umbi.

Osman mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajjah Yohani Tan Sri Datuk Jasni yang berketurunan Kadazan pada 1981 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Farhana, Siti Nur Faisha dan Mohammad Farhanuddin. – SinarHarian Online

Komen


Berita Berkaitan