Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,698

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

OSINDAK-iT beri pendedahan kepada pemimpin masyarakat mengenai aplikasi IT

6:18pm 19/03/2016 Leolerry Lajius 102 views Tempatan
Hamisa (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengikuti program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Hamisa (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengikuti program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada  Ketua Kampung, Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Anak Negeri (KAN) dari Daerah Tambunan telah mengikuti Program OSINDAK-iT siri kedua yang diadakan di Hotel Ming Garden.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hajah Hamisa Samat, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai aplikasi IT termasuklah pengenalan dan demonstrasi keyboard.

“Melalui pembelajaran seumpama ini para peserta akan akan mampu mengendalikan komputer dan seterusnya boleh menyediakan apa-apa dokumen tanpa mengharapkan bantuan orang lain,“katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan program tersebut.

Hamisa juga juga menyeru kepada para peserta agar sentiasa peka ketika menggunakan aplikasi IT terutama sekali ketika melayari internet kerana jika disalahgunakan ia akan memberikan impak yang negatif.

“Kita perlu sentiasa beringat bahawa meskipun kemudahan komputer dan internet memberikan kesan positif dalam kehidupan tetapi jika ia disalahguna, ia mampu menyumbang ke arah kebinasaan.”

” Di samping itu, jangan mudah terpengaruh dengan dakyah mahupun pujukan semasa melayari internet agar tidak menjadi mangsa penipuan siber,”katanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2012 seramai lebih 200 orang yang telah mendapat manfaat melalui  program tersebut yang menyasarkan pemimpin-pemimpin masyarakat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan