Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OSCE sedang berunding dengan pemisah untuk dapatkan balik mayat yang dirampas

osce

AMSTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) sedang berunding dengan pemisah bagi meletakkan penguasaan kereta api yang dimuatkan dengan mayat mangsa Penerbangan Malaysia ke tangan kerajaan Ukraine.

Kerajaan Belanda kini menghadapi tekanan untuk mendapatkan semula mayat 193 mangsa negaranya, yang terbunuh apabila penerbangan MH17 ditembak jatuh di wilayah yang dipegang oleh pemberontak pro-Russia di timur Ukraine empat hari lalu.

Kebanyakan mayat 298 orang yang dalam penerbangan dari Amsterdam itu didapati tercampak di sekitar ladang sementara yang lain dimuatkan oleh pemberontak ke dalam gerabak dingin di sebuah stesen kereta api berdekatan.

“Semua usaha ditumpukan mengenai bagaimana untuk mendapatkan kereta api ini ke wilayah yang dikuasai pihak berkuasa Ukraine,” kata Rutte pada sidang akhbar semalam. Katanya, satu pasukan pakar untuk mengenal pasti mayat dihantar ke tempat kejadian hari ini.

Dalam satu artikel, akhbar De Telegraaf berkata Belanda patut masuk campur secara ketenteraan, jika perlu, bagi mendapatkan semula tempat kejadian dan menghalang pemisah daripada memusnahkan bukti.

“Sudah tiba masa untuk tindakan,” kata akhbar itu, dan berpendapat pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan pasukan khas akan dihantar. Rutte menolak tindakan menggunakan peruntukan keselamatan NATO.

Rutte berkata Belanda dipertanggungjawabkan oleh pemimpin dunia bagi mengkoordinasi pengenalpastian semua mangsa dan akan membuka pangkalan operasi di ibu negeri rantau berkenaan, Kharkhiv. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan