Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ORANGUTAN DITEMUI MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN DI SUNGAI KINABATANGAN

 

Bangkai orangutan betina berusia 30 tahun yang ditemui terapung di Sungai Kinabatangan. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Hidupan Liar

KOTA KINABALU: Seekor orangutan betina berusia lebih kurang 30 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di Sungai Kinabatangan, dua hari lalu.

Staf Jabatan Hidupan Liar dan beberapa warden kehormat dari HUTAN berjaya menemui bangkai haiwan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai bangkai seekor orangutan kelihatan hanyut di sungai pada pagi 11 Sept.

Hasil bedah siasat mendapati tiga kesan luka di bahu, perut dan kaki manakala tiga butir serpihan peluru juga ditemui di badan orangutan itu.

Menurut Jabatan Hidupan Liar, orangutan tersebut mati dari pendarahan dalaman teruk akibat terkena tembakan.

Satu laporan polis telah dibuat dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 25(1) Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997 atas kesalahan memburu binatang terlindung dalam jadual satu.

Jabatan Hidupan Liar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini menghubungi pegawai berkuasa pejabat Hidupan Liar Kinabatangan dengan segera.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan