Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang yang lupa asal usul, mudah lupa diri-Datuk Shah

5:12pm 18/01/2016 Leolerry Lajius 95 views Tempatan
Datuk Shah ketika menyampaikan ceramah pada program tersebut.

Datuk Shah ketika menyampaikan ceramah pada program tersebut.

KOTA KINABALU: Orang yang melupakan asal usul mereka, mudah lupa diri dan akan hilang pedoman.

Demikian ungkapan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Datuk Shah Gzali Khan Shahadad ketika menyampaikan ceramah kepada pegawai dan Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melalui Program Ceramah Cermin Diri di Dewan Kita IPD Kota Kinabalu hari ini.

“Kita harus menjadikan masa lalu kita sebagai cerminan semula kepada kejayaan kita dan jangan lupa akan asal usul kita, serta kita juga harus bijak mengurus diri, keluarga dan kerjaya jika tidak mahu gagal dalam kehidupan,”katanya.

Tambah beliau, nilai-nilai agama juga harus dititikberatkan dalam apa juga yang dilakukan dan harus mengenal diri sendiri tanpa terlalu memandang kepada orang lain.

“Dalam mengurus diri kita sendiri, kita harus mengenali siapa diri kita dan jangan terlalu melihat kepada orang lain tetapi pangdanglah diri kita sendiri,”katanya.

Menurut beliau lagi, usaha untuk mengubah diri boleh dilakukan dengan berusaha untuk mentransformasikan diri dengan meningkatkan kecekapan pengurusan kehidupan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan