Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang Utan yang diserang pekerja ladang disahkan mati

SEEKOR orang utan jantan yang parah diserang seorang pekerja ladang kelapa sawit pada 13 Julai lalu, disahkan mati petang semalam selepas dua minggu dirawat di Klinik dan Kuarantin Rehabilitasi Orang Utan, Sepilok, Sandakan. - Foto Ihsan JHL Sabah.
SEEKOR orang utan jantan yang parah diserang seorang pekerja ladang kelapa sawit pada 13 Julai lalu, disahkan mati petang semalam selepas dua minggu dirawat di Klinik dan Kuarantin Rehabilitasi Orang Utan, Sepilok, Sandakan. – Foto Ihsan JHL Sabah.

KOTA KINABALU: Seekor orang utan jantan yang parah diserang seorang pekerja ladang kelapa sawit pada 13 Julai lalu, disahkan mati petang semalam selepas dua minggu dirawat di Klinik dan Kuarantin Rehabilitasi Orang Utan, Sepilok, Sandakan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya, berkata orang utan terbabit gagal diselamatkan kerana mengalami komplikasi dan jangkitan kuman akibat kecederaan teruk disebabkan tetakan parang di belakang badan.

“Pasukan perubatan dan veterinar sudah mencuba terbaik untuk menyelamatkan orang utan malang itu tetapi kecederaaan dialaminya teruk menyebabkan jangkitan yang sukar disembuhkan,” katanya di sini, hari ini.

Orang utan terbabit diselamatkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah selepas ditemui parah di sebuah kebun kelapa sawit di Kilometer 65, Jalan Sandakan-Kota Kinabalu dekat sini, 13 Julai lalu.

Pemeriksaan mendapati haiwan itu luka di bahu kanan berukuran 13 sentimeter panjang percayai kesan parang, manakala empat lagi luka di dahi disebabkan dicucuk dengan objek tajam.

Mengulas lanjut, William berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan bagi mendakwa semula pekerja ladang kelapa sawit yang didapati bersalah menyerang orang utan berkenaan dengan tuduhan membunuh hidupan liar itu.

“Saya sudah mengarahkan Pegawai Pendakwa membincangkan perkara ini dengan pihak mahkamah bagi menimbang langkah merayu dakwaan terhadap pekerja ladang terbabit dengan hukuman lebih berat kerana membunuh orang utan,” katanya.

Jumaat lalu, seorang pekerja ladang warga Indonesia dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Sandakan, kerana mencederakan orang utan jantan itu menggunakan parang.

Lelaki terbabit, Syam Sul, 38, didakwa mengikut Seksyen 37 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya kerana menyebabkan kecederaan kepada haiwan yang dilindungi.- BH Online

Komen


Berita Berkaitan