Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang Utan ketagih dadah

8:55am 28/07/2016 Pak Roshan 647 views Global
ORANG Utan yang dikatakan akan diusir semula ke negara asalnya, Indonesia kerana ketagih dadah. - Agensi

ORANG Utan yang dikatakan akan diusir semula ke negara asalnya, Indonesia kerana ketagih dadah. – Agensi

Kuwait City: Pihak berkuasa di sini mengambil keputusan untuk mengusir seekor Orang Utan ke negara asalnya, Indonesia, selepas haiwan itu disahkan ketagih dadah.

Orang Utan berkenaan ditemui dalam keadaan terhuyung-hayang sejurus selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama-sama tuannya.

Pemeriksaan yang dijalankan terhadap kedua-duanya mendapati mereka khayal kerana mengambil dadah.

“Polis yang menyoal siasat tuannya selepas kemalangan mendapati dia dan haiwan peliharaannya mengambil dadah sebelum kemalangan.

“Lelaki itu juga mengaku Orang utan berkenaan penagih, sama sepertinya,” lapor akhbar Al-Rai.

Orang utan berkenaan diserahkan kepada sebuah zoo di Kuwait City sementara menunggu masa untuk diusir. – Agensi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan