Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang Utan Cedera Diselamatkan Dari Sebuah Ladang

orangutan

KOTA KINABALU – Seekor orang utan yang cedera dipercayai dikelar berjaya diselamatkan dari sebuah ladang di Sandakan.

Orang utan jantan itu mendapat rawatan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

Petugas renjer hidupan liar sedang menyiasat sama ada haiwan itu diserang oleh pemburu atau kumpulan haiwan lain.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata orang utan itu mempunyai kesan kelar dan beberapa kecederaan lain pada badan tetapi semakin pulih.

“Ia semakin ok dan bertindak balas kepada rawatan,” katanya.

Satu laporan polis turut dibuat petang Rabu.

Orang utan antara haiwan yang dilindungi sepenuhnya di Sabah.

Pada 18 Ogos lalu, tiga orang utan yang diberi nama Mambo, Terry dan Mary ditemui mati dengan kesan tikaman di ShangriLa Rasa Ria Nature Resort di Tuaran, kira-kira 40km dari sini.

Dua haiwan lain turut cedera dalam serangan itu tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan dilakukan. – mStar Online

 

Komen


Berita Berkaitan