Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai perlu patuhi langkah keselamatan, pastikan premis bebas risiko kebakaran: Nordin

bomba sabah

KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan dan memastikan rumah kediaman atau premis pekerjaan sentiasa bebas dari risiko kebakaran, bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah Nordin Fauzi berkata, ia penting kerana antara fakor penyumbang peningkatan kejadian kebakaran sejak akhir-akhir ini ialah kecuaian manusia atau kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai terhadap langkah-langkah pencegahan kebakaran.

“Oleh itu saya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi langkah-langkah keselamatan bagi mengelak berlakunya tragedi kebakaran di kediaman masing-masing atau di premis pekerjaan.

“Pada musim perayaan seperti Hari Raya dan percutian, kebanyakan rumah kediaman dipenuhi penghuni hampir setiap masa dan bebanan penggunaan elektrik dan kelengkapan berasaskan elektrik juga meningkat, malah penggunaan sumber bahan api terbuka meningkat.

“Justeru dengan sedikit kecuaian mungkin akan mengundang kecelakaan iaitu kebakaran sehingga menyebabkan maut,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Nordin turut menasihatkan orang ramai yang ingin meninggalkan rumah kediaman atau premis pekerjaan supaya sentiasa memastikan premis itu bebas dari risiko kebakaran.

“Jabatan bomba juga mengingatkan orang ramai supaya membuat panggilan kecemasan seawal mungkin bagi melaporkan apa-apa kejadian kebakaran bagi membolehkan pasukan bomba hadir awal dan mengawal kebakaran itu dengan segera,” katanya.

Pada Jumaat, tiga rentung dalam dua kebakaran berasingan di Pekan Menggatal dan Tuaran.

Dalam insiden di Pekan Menggatal, dua rakyat Pakistan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sederet rumah kedai dua tingkat, awal pagi Jumaat.

Manakala di Tuaran, seorang warga emas rentung apabila rumah kediamannya di Kampung Sungai Damit musnah dalam kebakaran.

Komen


Berita Berkaitan