Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang Ramai Panik Apabila Tayar Trak Letup Disangka Bom

9:09am 15/01/2016 Pak Roshan 703 views Global

jakarta-explode

JAKARTA – Orang ramai di sekitar Jalan Thamrin, tempat kejadian serangan bom oleh pengganas di bandar raya ini, terus trauma apabila mereka berlari bertempiaran apabila terdengar satu lagi letupan pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

Letupan berdekatan bangunan Badan Pengkajian dan Penerapan Teknolgi (BPPT), di sini itu boleh didengar sehingga 500m itu menyebabkan ramai yang menjadi panik sehingga ada yang menangis ketakutan.

Bagaimanapun polis mengesahkan letupan itu adalah bunyi tayar sebuah trak pecah di jalan itu.

Ketua Polis Jakarta Pusat, Hendro Pandowo memberitahu pemberita di sini orang ramai mungkin masih trauma dengan kejadian pagi tadi dan sensitif dengan sebarang bunyi letupan.

Polis juga telah melakukan pemeriksaan dan memastikan tidak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita sudah pastikan tidak ada letupan bom tetapi hanya letupan tayar lori sahaja. Keadaan terkawal dan jalan sudah dibuka seperti biasa,” katanya.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati orang ramai masih lagi berhimpun berdekatan bangunan tersebut untuk mengikuti perkembangan walaupun keadaan sudah terkawal.

Pada kejadian pukul 10.50 pagi tadi, tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di Jalan Thamrin di sini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan