Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ORANG RAMAI MULA BANJIRI PADANG MERDEKA

Orang ramai mula membanjiri padang untuk merayakan sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Orang ramai bertali arus membanjiri dataran Padang Merdeka seawal jam 3.30 petang tadi untuk bersama-sama meraikan Hari Malaysia 2018.

Setakat jam 5.30 petang ini, Padang Merdeka hampir sesak dipenuh oleh pengunjung.

Orang ramai yang menghadirkan diri lebih awal turut dihiburkan dengan persembahan-persembahan pentas seperti nyanyian dari artis-artis tempatan.

Anggota polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Sabah bersama anjing pengesan K9, Peke, melakukan pemeriksaan pada persekitaran pentas utama sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sementara itu, bagi melicinkan perjalanan program berkenaan, Meneri Pembangunan Infrastruktur yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2018 Datuk Peter Anthony membuat pemeriksaan akhir di seluruh kawasan pentas utama dan tetamu kehormat.

Selain itu, dari segi keselamatan pula, Pasukan Keselamatan yang bertugas turut membuat pemeriksaan sekitar pentas utama yang dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan