Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang Ramai Gagalkan Cubaan Ragut Suri Rumah

3:55pm 11/01/2017 Pak Roshan 6848 views Jenayah,Mutakhir

Foto Ihsan Pembaca

TAWAU : Tindakan pantas orang ramai berjaya menghalang seorang penjenayah melarikan beg tangan yang diragut daripada seorang suri rumah berusia 43 tahun di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, seorang lelaki berumur 35 tahun telah merentap beg tangan mangsa dari arah belakang di hadapan sebuah klinik di Batu 3, Jalan Apas, dalam kejadian kira-kira pukul 8.25 pagi.

“Suspek yang melarikan diri kemudian dikejar orang ramai selepas mangsa menjerit meminta tolong,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata, suspek yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

Beliau berkata, mangsa yang dipanggil ke balai polis untuk membuat pengecaman suspek mengesahkan individu yang ditahan itu adalah 100 peratus suspek yang meragutnya.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan