Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang ramai diseru agar lebih bertanggungjawab sebagai pengguna jalan raya

4:39pm 07/12/2015 Dewiana Tinggolongon 19 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Bobby (dua kanan) menunjukkan tanda bagus bersama Herdiansah (dua kiri) setelah memasangkan topi keledar kepada dua orang penunggang motorsikal.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

Bobby (dua kanan) menunjukkan tanda bagus bersama Herdiansah (dua kiri) setelah memasangkan topi keledar kepada dua orang penunggang motorsikal.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Orang ramai diseru agar memikul tanggungjawab masing-masing sebagai pengguna jalan raya yang berhemah bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang berlaku semasa cuti.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey Suan berkata, selaku pengguna jalan raya, mereka perlu mengingatkan diri sendiri akan tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan pengguna yang lain.

“Hal ini kerana peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang direkodkan pada tahun sebelum ini amat membimbangkan semua pihak.

“Mengikut statistik tahun lalu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), negeri ini mencatat sebanyak 29 kematian dalam bulan Disember sahaja dengan kadar purata satu kematian setiap hari,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini (Isnin).

Menurutnya, dalam tempoh setahun jumlah kematian direkodkan seramai 420 orang.

Tegas beliau, pengguna jalan raya perlu bertanggungjawab bagi meminimakan kadar kemalangan pada tahun-tahun berikutnya.

Selain itu, Bobbey memuji usaha berterusan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bersama agensi terlibat dalam mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya sepertimana kempen yang diadakan kelmarin bagi peringkat negeri.

Beliau berkata, perlaksanaan kempen itu bertepatan dengan suasana cuti sekolah serta persiapan orang ramai dalam merayakan hari Krismas yang akan diraikan menjelang hujung bulan ini.

“Apabila cuti sekolah tiba, kebiasaanya pasti ramai yang gemar berjalan jauh bersama keluarga dengan menaiki kenderaan masing-masing.

“Dengan adanya kempen ini, ia akan memberi kesedaran kepada para pemandu agar mengutamakan keselamatan sebelum memulakan percutian,” jelasnya.

Beliau juga menasihatkan para pengguna jalan raya agar merancang perjalanan terlebih dahulu dengan membuat persediaan dari aspek fizikal, emosi, dan mental disamping memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik.

Turut hadir dalam kempen itu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah Herdiansah Abdul Karim .- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan