Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai dipelawa sertai Squad P175 Papar

Rosnah ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

PAPAR : Orang ramai dipelawa menyertai Sukarelawan Squad P.175 Papar dengan mendaftar di pejabat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Papar.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen, nisiatif tersebut bagi memupuk semangat sukarelawa dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.

“Kita berharap agar budaya sukarelawan ini menjadi amalan dalam kalangan masyarakat dan kita dalam proses untuk mendapatkan mereka yang berminat menyertainya.

“Melalui Squad ini, kita akan laksanakan program bina rumah warga emas yang terpilih di Kg Kinuta,” kata beliau semasa berucap sempena Program Mini Karnival Demi Paparku 2018 di Dewan SMK Pengalat, pada Sabtu.

Menurut Rosnah yang juga merangkap Ahli Parlimen, sehingga Januari, seramai 525 ahli sukarelawan Squad P175 telah berdaftar dan mereka berumur 18 hingga 40 tahun yang akan terlibat dalam kebajikan, pendidikan, keagamaan serta misi khas.

Pada program itu, Menteri Komunikasi dan Multmedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak yang hadir melancarkan skuaq berkenaan turut mengumumkan peruntukan dana RM 100 ribu.

Salleh juga melawat gerai pameran Mini Karnival Demi Paparku yang turut disertai Jabatan Penerangan Sabah, Komuniti 1Malaysia Papar, jualan murah barangan keperluan dapur oleh COOP Mart serta gerai-gerai di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.

Kira-kira 800 pengunjung hadir yang pada program tersebut turut dihiburkan oleh bintang realiti Pop Star, Dayang serta cabutan pengunjung bertuah.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merangkap Ahli DUN Kawang, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny Mositun, Pengarah Penerangan Sabah, Suwadi Guliling, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Wiliam Ahlan serta pemimpin masyarakat setempat./Penerangan-

Salleh menyampaikan hadiah berupa basikal kepada pengunjung bertuah sambil memunjukkan isyarat terbaik bersama-sama Rosnah (tiga dari kanan), Ghulam (dua dari kanan) dan Swady (kanan).

Komen


Berita Berkaitan