Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai dipelawa sertai ‘Rail Run Papar 2016’

simbolik penyerahaan baju daripada Presiden EVENT4U Koi Chen Hong kepada William Ahlan bersama ahli Jawatankuasa pelaksana ‘Rail Run Papar 2016’.
Simbolik penyerahaan baju daripada Presiden EVENT4U Koi Chen Hong kepada William Ahlan bersama ahli Jawatankuasa pelaksana ‘Rail Run Papar 2016’.

PAPAR:  Warga tempatan di sekitar daerah ini dipelawa menyertai ‘Rail Run Papar 2016’ yang akan diadakan pada 03 April ini.

Larian tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu marathon 6 KM dan 11 KM mengikut laluan yang telah ditetapkan.

Laluan 6 kilometer.
Laluan 6 kilometer.

Setiap peserta berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan dan setiap penyertaan akan memperolehi sepasang baju marathon pelbagai saiz dan warna serta dibekalkan dengan bip, sijil serta medal bertemakan kepala kereta api lokomotif.

Yuran penyertaan RM70.00 hingga RM100.00 berdasarkan kategori boleh dikreditkan terus ke Akaun Public Bank Berhad, nombor akaun 3196939616 atas nama EVENT4U.

Pakej khas untuk Pelajar 17 tahun ke bawah serendah RM60 hingga RM65.00 dibuka sehingga 29 Februari ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 016-8047000 (Chin), 016-5865864 (Sarah Chin) atau email  ke [email protected] dan layari page rasmi Facebook Rail Run Papar 2016.- SayangSabah

Laluan 11 kilometer.
Laluan 11 kilometer.

Komen


Berita Berkaitan