Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput meriahkan sukan tradisi sempena Kaamatan

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput memeriahkan sukan tradisi sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, Rabu depan.

Menurut Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Louis Rampas, terdapat 11 jenis sukan tradisi yang akan dipertandingkan dan terbuka kepada para pengunjung yang menawarkan hadiah berbentuk wang tunai, barangan serta sijil penyertaan

“Pada tahun ini, kita mempunyai 11 jenis sukan tradisi seperti mipulos (lawan tangan), tumutu (memproses padi) dan monungkava kalabau (menjerat kerbau dengan tali).

“Ia merupakan satu penambahan berbanding tahun sebelumnya yang membuka 10 jenis sukan tradisi sahaja.

“Kita yakin sukan tradisi ini mampu menjadi tarikan pengunjung dalam usaha mempelbagaikan lagi pelancongan di negeri kita.

“Selain itu, semangat muhibbah, setia kawan, persefahaman dan keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat dikukuhkan lagi,” katanya dalam sidang media di Lembaga Sukan Negeri Sabah, pada Jumaat.

Tambah beliau, pendaftaran penyertaan pertandingan akan berlangsung pada jam 8 hingga 9 pagi di Hongkod Koisaan, KDCA Penampang./Penerangan-

Louis (tengah, depan) bersama jawatankuasa pelaksana Sukan Tradisi Sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018.

Komen


Berita Berkaitan