Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput mengunjungi Pameran Sejarah di Suria Sabah

Hajiji (kiri) melawat booth pameran sejarah yang bermula hari di Pusat Beli Belah Suria Sabah.
Hajiji (kiri) melawat booth pameran sejarah yang bermula hari di Pusat Beli Belah Suria Sabah.

KOTA KINABALU- Orang ramai dijemput mengunjungi pameran sejarah bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri 2016 bermula hari ini sehingga 31 Ogos depan bertempat di Aras Bawah Pusat Beli Belah Suria Sabah.

Menteri KerajaanTempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pameran berkenaan bertujuan memberi informasi kepada masyarakat khusus generasi muda mengenai sejarah kejayaan negeri dalam pelbagai bidang.

Disamping itu, orang ramai juga boleh mendalami sejarah dan kebudayaan etnik-etnik yang terdapat di negeri ini.

Pameran tersebut merangkumi 11 buah Kementerian Negeri, gabungan Jabatan Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Jabatan Arkib Negeri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan