Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput memeriahkan Sunset Music Fest

11:13pm 24/05/2016 Leolerry Lajius 574 views Tempatan
Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai (tujuh dari kiri) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa pelaksana selepas sidang media mengenai penganjuran program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai (tujuh dari kiri) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa pelaksana selepas sidang media mengenai penganjuran program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan ‘Sunset Music Fest’ yang akan diadakan di Tanjung Simpang Mengayau pada 4 Jun nanti.

Pesta berkenaan yang dianjurkan untuk kali yang kesepuluh pada tahun ini akan bermula pada jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam dan bakal menghiburkan para pengunjung dengan pengisian persembahan yang unik dan sudah tentunya akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai, pesta ini merupakan salah satu peluang kepada masyarakat untuk meluangkan masa bersama keluarga kerana dianjurkan sempena cuti sekolah di samping dapat mengambil peluang untuk melawat tempat-tempat menarik di daerah Kudat.

“Tiket sempena pesta ini adalah terhad dan setakat ini lebih 200 tiket telah terjual, justeru orang ramai dialu-alukan untuk merebut peluang keemasan ini kerana pesta seumpama ini hanya diadakan sekali dalam setahun.”

“Orang ramai bukan sahaja dapat melihat sendiri keunikan pesta ini malah turut berpeluang menikmati sendiri keunikan Daerah Kudat yang kaya dengan destinasi pelancongan seperti rumah panjang masyarakat Rungus, ladang madu lebah  Gombizau, Kampung Sumangkap yang terkenal dengan industri gong dan banyak lagi, “katanya ketika sidang media mengenai pesta berkenaan di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, sempena dengan pesta berkenaan pihak MASwings juga menawarkan diskaun penerbangan sehingga 70 peratus ke Kota Kinabalu bagi tempoh penerbangan antara 27 Mei hingga 12 Jun.

Pesta tersebut juga bakal dihiburkan dengan penampilan artis tempatan Esther Applunius dan The Deep Buskers, persembahan ukulele dari pelajar SMK St. Francis Xavier Keningau bersama D’Franciscan UKE Onsoi serta Matlankidz & Brothers dan juga penampilan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Marsha, Farhan Azizan dan Dafi.

Tiket dijual dengan harga RM50.00 seorang dan kenderaan juga disediakan yuran hanya RM20.00 bagi yang telah membeli tiket manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun ia adalah percuma.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi Sabah Tourism Board (STB) dan Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd. di talian +6088212121 atau +6088232121 atau melayari laman web www.sunset music fest.my.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan