Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Kaamatan Tambunan

Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Tambunan 2016.
Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Tambunan 2016.

TAMBUNAN : Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah dan Pelancaran Logo, Maskot dan Lagu Tahun Melawat Tambunan 2017 di Tapak Tamu Pisompuruan Square, Pekan Tambunan pada 14 Mei ini.

Pegawai Daerah, Thomas Logijin berkata majlis akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan.

“Antara aktiviti yang akan diadakan pada 14hb Mei termasuklah Pameran Pusat Pelancongan, Pertandingan Hasil Pertanian,Ternakan dan Asas Tani, Pameran dan Penjualan Kraftangan, Pertandingan Sumazau dan Memalu Gong, Pertandingan Masakan Tradisi, Pertandingan Akhir Bola Tampar dan Sepak Takraw.

”Manakala Huminodun/Gala Nite dan Pertandingan Akhir Sugandoi pula pada 11 Mei dan Pameran Jabatan dan Agensi Kerajaan pada 13 Mei ini.

“Selain itu, persembahan koir dan tarian kebudayaan pelajar sekolah, Upacara Magavau, persembahan pemenang pertandingan sugandoi dan Piboian Manangon Do Boros KadazanDusun, Pertandingan Unduk Ngadau dan persembahan artis – artis jemputan.

“Beberapa program turut diadakan seperti Pertandingan Sepak Takraw pada 30 April hingga 1 Mei 2016,  Karnival Kaamatan pada 5 Mei 2016 dan pertandingan tarik tali kategori lelaki/perempuan dan Pertandingan Bola Tampar pada 7 hingga 8 Mei 2016,”katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah di pejabatnya, pagi tadi.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Silverius Bruno; Ketua Daerah, OKK Philip Datuk Kitingan; Penolong Pegawai Daerah, Jumain Abdul Ghani dan ahli jawatankuasa perayaan berkenaan./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan