Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput memeriahkan KKCC 11 hingga 14 Disember ini

Pairin ketika melepaskan peserta larian dan kayuhan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Orang ramai dialu-alukan untuk memeriahkan Sambutan Kota Kinabalu Christmas Celebration (KKCC) yang akan diadakan di Padang Merdeka bermula 11 hingga 14 Disember​ ini.​

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri ​Joseph Pairin Kitingan berkata, majlis perasmian KKCC akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah.

“Saya menyeru kepada semua warga kota agar hadir dan sama-sama memeriahkan sambutan KKCC pada tahun ini.”

“​Majlis perasmian KKCC nanti akan disempurnakan oleh Tan Sri Musa Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Pelancaran Logo Kota Kinabalu Christmas Celebration (KKCC) di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), semalam.

Larian dan kayuhan krismas berkenaan dimeriahkan dengan penyertaan lebih 2000 peserta dari seluruh daerah di negeri ini.

Menurut Pairin, penganjuran program seumpama itu menjadi satu platfrom untuk mengetengahkan kesepaduan dan keharmonian masyarakat di samping menjadi wadah untuk mengeretkan silaturahim antara satu sama lain.

“Aktiviti seumpama ini menjadi platform bagi kita untuk sama-sama mengeratkan keharmonian di samping menjadi cerminan kepada perpaduan dan kesepakatan kita,”katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap menteri bertanggungjawab kepada DBKK, Datuk Yong Oui Fah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai; Presiden Persatuan Gereja-gereja Sabah, Bishop Datuk Melter Jiki Tais./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan