Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Kamaatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu

3:59pm 06/05/2016 Leolerry Lajius 158 views Tempatan
Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah, menunjukkan poster karnival berkenaan.

Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah (tiga dari kiri), menunjukkan poster karnival berkenaan.

KOTA KINABALU: Karnival Kamaatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang bertemakan ‘Keamanan dan persahabatan’ akan diadakan pada 13 dan 14 Mei ini bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Objektif penganjuran karnival ini adalah untuk memberi peluang kepada warga bandaraya untuk sama-sama meraikan pesta ini di samping untuk mempromosikan bandaraya Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan.

Menurut Pembantu Menteri Kepada ketua Menteri Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah, karnival yang berlangsung selama dua hari ini akan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang menarik.

“Karnival ini juga merupakan medan pemilihan wakil Bandaraya Kota Kinabalu dalam pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau.”

“Buat pertama kali juga, DBKK melalui Kelab REKA, akan mengadakan permainan tradisi atau sukan rakyat yang akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bagi kedua-dua hari karnival ini,” katanya ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini, hari ini.

Tambah beliau, acara akan bermua seawal jam 8.00 pagi dengan karnival jualan yang melibatkan lebih 100 gerai yang ditawarkan oleh DBKK.

Kepada masyarakat yang berminat untuk mendapatkan permit penjaja, borang permohonan boleh diperolehi di Bahagian Pengurusan Penjaja dan Pasar, DBKK, Tingkat 7, Centre Point atau menghubungi talian 088-22347 atau 088-244000 dan setiap satu lot gerai akan dikenakan bayaran RM50.00 sehari.

Peringkat suku akhir dan separuh akhir Pertandingan Sugandoi untuk memilih 15 peserta daripada 30 orang peserta untuk ke peringkat akhir akan diadakan pada 8 Mei di Oceanus Waterfront Mall bermula jam 10.00 pagi.

Karnival itu juga akan turut dimeriahkan oleh Juara Bintang RTM Rosario Bianis.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan