Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput memeriahkan Hari Terbuka Armada TLDM Sabah

5:04pm 29/04/2016 Leolerry Lajius 143 views Tempatan
Khairul (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (tengah).

Khairul (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (tengah).

KOTA KINABALU : Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Hari Terbuka Armada TLDM Sabah bermula esok dan lusa (30 April hingga 1 Mei) bermula jam 8 pagi di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-82 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya berkata antara aktiviti menarik adalah Lawatan Kapal Perang dan Selam TLDM, Boat Ride, Persembahan kawad senyap, restoran terapung, pameran jabatan dan agensi kerajaan serta program derma darah.

Beliau turut mengulas tentang Kapal Ronda KD Perak yang  merupakan salah satu daripada dua kapal ronda generasi baru yang menjadi aset utama sayap pertahanan negara bagi membantu dan menampung keperluan operasi yang tinggi untuk meningkatkan kawalan keselamatan di perairan negeri ini.

“Selain dari kapal Diraja (KD) Kedah dan Perak, TLDM Sabah akan menambah dua lagi aset seumpama bagi memastikan kita mempunyai aset pertahanan yang mencukupi untuk pelbagai tujuan.

“Penambahan itu merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Armada  pasukan ini bagi memastikan kita mempunyai aset yang lebih canggih untuk menjaga kedaulatan Malaysia di perairan bersama agensi penguatkuasaan keselamatan yang lain.

“Dengan adanya aset yang mencukupi kita  mampu meningkatkan kesiapsagaan anggota dalam menanganggani pelbagai cabaran di perairkan terutamanya aspek berkaitan keselamatan sejagat,” katanya ketika berucap pada Majlis Koktel  Bersama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M Jasni di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu, malam tadi.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Abd Rashid Harun; Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob; Panglima Task Force 450, Mejar Jeneral Dato’ Zulkapri Rahamat dan pegawai – pegawai kanan./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan