Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Karnival Suria

4:58pm 18/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 330 views Tempatan

KOTA KINABALU- Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Karnival Suria yang akan diadakan pada 27 hinga 29 Mei ini di Dataran Letak Kereta, Kompleks Sukan Likas bermula pada pukul 8 pagi sehingga 11 malam.

Karnival ini merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kolaborasi besama Yayasan Suria.

Menurut Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Yunus Bin Hj. Saprin, sebanyak 39 agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta terlibat dalam menjayakan program ini termasuklah semua jabatan dan agensi di bawah KKMM di Sabah.

“Objektif karnival ini adalah sebagai satu saluran penyampaian maklumat dan dasar kerajaan kepada orang ramai dalam bentuk santai infotaiment dan interaktif,”katanya kepada media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, karnival ini juga bertujuan untuk membantu kerajaan menangani isu penyelewengan maklumat seperti penyebaran fitnah dan informasi yang boleh menjatuhkan sesetengah pihak.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yaysan Suria, Datuk Hajah Raya Erom berkata, penganjuran karnival ini adalah untuk menggumpul dana bagi pembinaan sekolah dan asrama bagi menempatkan pelajar dibawah tajaan Yayasan Kebajikan Suria.

“Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi tujuan pengubahsuaian sekolah serta asrama dan walaupun dana yang akan dikumpul tidak mencukupi tetapi memadailah ia dapat menampung sebahagian daripada jumlah sebenar yang diperlukan,”katanya.

Karnival tiga hari ini akan dimeriahkan dengan pengisian program Kayuhan Karnival Suria, Pameran Autoshow, Titian Mesra RTM, Larian Amal, Sukan Rakyat, Pertandingan Bintang 1Malaysia, Berjimming Kita dan Zumba bersama Zin Cha-cha Garza.-Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan