Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Konsert XPAX ERA Sayang Sabah

8:02pm 10/12/2015 Leolerry Lajius 175 views Hiburan,Tempatan
Barisan artis yang akan membaut persembahan pada konsert tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Barisan artis yang akan membuat persembahan pada konsert tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan Konsert XPAX ERA Sayang Sabah (KESS) kali ketiga bagi tahun 2015.

Konsert tersebut akan diadakan di tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas pada malam esok bersamaan 11 Disember pada jam 7.30 malam.

Antara artis yang bakal menggegarkan malam kemuncak konsert ini ialah barisan artis tanah air dan antarabangsa seperti Afgan, Stacy, Akim and Majistret, MOJO, Black, Wani Kayrie, NBM Aegy, The Ariez, Altimet and Jonathan Tse dan Jesselton Raw.

Konsert tersebut turut menampilkan persembahan istimewa dari penyampai segmen sarapan pagi nombor satu negara iaitu JOHARA Pagi ERA yang dikemudikan oleh Johan, Haniff dan Ray dan para penonton juga berpeluang untuk memenangi barangan tajaan XPAX,set hadiah tajaan Emeron dan Apple (iPad).

Konsert ini dibawakan khas buat semua pendengar setia ERA fm sebagai tanda penghargaan kepada mereka diatas sokongan yang telah diberikan kepada stesen ERA fm sepanjang tahun ini. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan