Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Orang ramai dijemput hadir ke Karnival krismas Manggatal

8:26pm 03/12/2015 Leolerry Lajius 23 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Tambahkan kemeriahan cuti hujung tahun dengan sama-sama memeriahkan karnival krismas Manggatal dengan tema “Krismas Membawa Kesatuan dan Damai Sejahtera” pada malam esok bersamaan 4 Disember.

Demikian ungkapan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir ketika sidang media karnival krismas Manggatal kali ke-4 di dewan mesyuarat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurut Abidin karnival itu akan diadakan di Dewan Masyarakat Manggatal yang bermula pada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam.

“Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta dalam karnival ini bagi memeriahkan lagi majlis dan menghayati erti kesatuan dalam kepelbagaian,” katanya.

Pelbagai acara menarik  telah disusun untuk memeriahkan lagi karnival ini antaranya tarian kumpulan rebana, tarian tradisi, koir, drama dan banyak lagi.

Perasmian karnival tersebut juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa penari dari Timor Leste yang akan mempersembahkan tarian tradisi krismas masyarakat mereka.

Karnival yang dianjurkan bagi edisi ke-4 ini merupakan anjuran bersama gabungan semua dinominasi gereja di daerah tersebut. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Abidin bergambar bersama AJK pelaksana

Datuk Abidin bergambar bersama AJK pelaksana

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan