Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ramai boleh layari keputusan mahkamah secara talian

PENGAMAL UNDANG-UNDANG… Ketua Hakim, Tun Arifin Zakaria (dua dari kanan), Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail (kanan) serta Hakim Besar Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjun mengetuai para pengamal undang-undang berarak sempena Majlis Pembukaan Perundangan Sabah Sarawak, pagi tadi.
PENGAMAL UNDANG-UNDANG… Ketua Hakim, Tun Arifin Zakaria (empat dari kiri), Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail (kanan) serta Hakim Besar Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjun mengetuai para pengamal undang-undang berarak sempena Majlis Pembukaan Perundangan Sabah Sarawak, pagi tadi.

KOTA KINABALU – Badan Kehakiman terus komited untuk meningkatkan lagi usaha bagi menjadikan sistem keadilan di negara ini lebih telus dan terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat, kata Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Katanya, salah satu langkah ialah memastikan keputusan perbicaraan di mahkamah boleh diperolehi melalui sistem talian dengan percuma oleh orang ramai termasuk mereka yang tidak mengikuti prosiding di mahkamah.

“Badan Kehakiman akan menyiarkan secara talian keputusan perbicaraan Mahkamah Rayuan termasuk alasan berkaitan sesuatu rayuan diterima atau ditolak, di laman web untuk makluman orang ramai,” katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Perundangan Sabah Sarawak di sini hari ini.

Manakala, laman web Mahkamah Negeri pula akan menyediakan keputusan penghakiman bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen di kawasan masing-masing.

Richard juga berkata, bagi menampung jumlah pelawat yang ramai, pihak mereka kini sedang dalam proses menaiktaraf laman web berkenaan dan dijangka siap menjelang Jun tahun ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata bahawa, hakim mahkamah berharap agar peguam akan melayan mahkamah dengan adil, ihsan dan berterus-terang.

“Pengamal undang-undang telah lama bertolak ansur terhadap penurunan mutu piawaian dan tahap profesionalisma di kalangan sebilangan kecil peguam,” katanya lagi.

Oleh itu, beliau berkata, sudah tiba masa sebuah perbincangan dibuat untuk mencari penyelesaian terhadap sebarang salah laku yang dibuat oleh sebahagian ahli Majlis Peguam.

Richard berkata, dalam menghadapi sesuatu kes, Majlis Peguam perlu mempamerkan sikap kesopanan dan profesionalima mereka khususnya ahli senior majlis tersebut untuk dijadikan teladan dalam kalangan pengamal undang-undang baru.

Sehubungan itu, beliau percaya bahawa Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara dapat bekerjasama untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melanggar etika profesion sebagai peguam.

“Tindakan tegas tersebut sekaligus mempertahankan sistem kehakiman dalam menghadapi sebarang kritikan yang tidak munasabah oleh segelintir pihak, kerana etika kehakiman menghalang keupayaan pengamal undang-undang untuk bertindak balas,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan