Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang Ramai Bantah Video Zamani Diminta Polis Menyanyi

zamani

PENANGKAPAN vokalis kumpulan Slam, Zamani nyata mengejutkan sebilangan besar peminat setia penyanyi ini.

Namun begitu, apa yang lebih mengecewakan peminat bilamana anggota polis yang bertugas menahan penyanyi itu mengambil kesempatan dengan mendesak Zamani menyanyikan lagu popularnya, Gerimis Mengundang dalam keadaannya bergari di tangan.

Video itu mendapat bantahan orang ramai malah mahukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap anggota polis yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video tersebut dengan tujuan untuk menjadikan ia viral.

zamani

zamani1

Ketika kebanyakan media arus perdana cuba menyembunyikan identiti penyanyi yang disyaki terlibat dengan najis dadah masih belum didakwa di mahkamah, para anggota polis ini pula sewenang-wenangnya menyiarkan video Zamani dalam keadaan yang mengaibkan dirinya.

Bantahan itu menggunakan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan penyanyi berkenaan.

Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi, kelmarin.

Dia ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan