Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang ke-18 dipancung Arab Saudi

pancung

Riyadh: Arab Saudi semalam melaksanakan hukuman pancung ke atas warga Jordan yang menyeludup dadah, menjadikan bilangan warga asing dan tempatan dihukum mati 18 orang dalam tahun ini saja.

“Pihak berkuasa menjatuhkan hukuman ke atas Mohammed Salamah Fareeh al-Azazma di wilayah Jawf selepas dia didapati bersalah menyeludup sejumlah besar dadah jenis amfetamina,” menurut kenyataan dikeluarkan pegawai agensi berita Saudi Press.

Menurut kenyataan berkenaan semalam, hukuman terbabit menunjukkan kerajaan Arab Saudi amat komited untuk membasmi semua jenis dadah kerana bahan itu boleh memudaratkan individu dan masyarakat.

Saudi sering menghadapi kritikan hebat kerana rekod hak asasi manusianya terutama kerana melaksanakan hukuman mati.

Kesalahan seperti rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan penyeludupan dadah dikenakan hukuman mati.

Menurut media agensi Itali semalam, tahun lalu saja, kerajaan Saudi sudah menghukum mati 87 banduan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan