Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Orang jadi ‘obor’

SEORANG peserta cuba memadamkan api pada tubuh mangsa. - DM
SEORANG peserta cuba memadamkan api pada tubuh mangsa. – DM

New Delhi: Seorang lelaki kini bertarung nyawa apabila secara tidak sengaja membakar dirinya sendiri ketika cuba membakar patung ketika tunjuk perasaan membantah kerajaan.

Sukhminder Singh Mann menyertai tunjuk perasaan untuk membantah kontrak guru di Bathinda, India.

Malangnya petrol yang disimbah turut terkena pada baju serta seluar jean dipakainya menyebabkan dia turut disambar api ketika cuba menyalakan patung berkenaan yang digunakan untuk menggambarkan kerajaan Punjab.

Panik dengan keadaan itu, Sukhminder mula meraung menyebabkan orang ramai bergegas cuba memadamkan kebakaran sebelum mengejarkannya ke hospital.

Peserta tunjuk perasaan itu mendakwa kerajaan Punjab gagal melaksanakan janji untuk menyerap mereka ke jawatan tetap selepas menamatkan kontrak dua tahun dengan kerajaan negeri. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan