Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,708

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Optimumkan Bajet RM1.509 Bilion, Jayakan 245 Projek

5:26pm 29/02/2016 Pak Roshan 0 views Mutakhir,Nasional
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengoptimumkan peruntukan berjumlah RM1.509 bilion susulan pengubahsuaian Bajet 2016 bagi melaksanakan 245 projek tahun ini.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia meliputi pelaksanaan pembangunan projek perumahan, landskap, perancangan bandar serta program yang memberi impak besar kepada kementerian.

Beliau berkata 2016 merupakan tahun yang mencabar bagi ekonomi negara berikutan kejatuhan harga minyak serta kemerosotan nilai ringgit yang akan turut memberikan kesan terhadap tadbir urus kerajaan termasuk KPKT.

“Sebagai barisan hadapan kerajaan, kita hendaklah merencana, menyusun dan melaksanakan setiap perancangan secara yang terbaik demi kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di sini hari ini.

Untuk rekod, sebelum pengubahsuaian Bajet 2016 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Jan lepas, KPKT diperuntukkan sebanyak RM1.69 bilion bagi menjayakan projek dan program berkenaan.

“Dalam memenuhi jangkaan pelanggan iaitu rakyat, warga kementerian perlu mengelak menjadikan cabaran atau kesukaran yang dihadapi sebagai alasan, sebaliknya mengangkat kepercayaan yang diberikan sebagai paksi utama dalam memberikan perkhidmatan,” kata Abdul Rahman.

Majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang melibatkan 224 penerima itu turut dihadiri timbalannya Datuk Halimah Mohd Sadique dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohammad Mantek. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan