Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ops Selamat Khas Capai Sasaran Kurangkan Kes Jenayah Dan Kemalangan Jalan Raya

10:35pm 08/06/2014 Pak Roshan 7 views Kota Kinabalu,Tempatan

ops khas

KOTA KINABALU: Ops Selamat Khas yang dilaksanakan selama 12 hari di sini bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya dan jenayah sepanjang sambutan Pesta Kaamatan berjaya mencapai matlamatnya, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt M.Chandra.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 26 Mei lepas dan berakhir semalam itu berjaya menurunkan kes kemalangan jalan raya sebanyak 39 kes iaitu kepada 180 kes berbanding 219 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, satu kes melibatkan kecederaan parah, cedera ringan (empat) dan kerosakan kenderaan (175),” katanya kepada pemberita sempena penutupan Ops Selamat Khas di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang operasi berkenaan 16 kes jenayah pecah rumah turut direkodkan berbanding berbanding 18 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan