Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OPS SARANG BERKAS TUJUH INDIVIDU

Antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Sarang sekitar Kampung Sembulan, Kota Kinabalu awal pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Tujuh individu termasuk dua wanita diberkas polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu dalam Ops Sarang di sekitar Kampung Sembulan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi bermula dari jam 2.30 pagi dan berakhir empat jam kemudian.

“Dalam Ops Sarang kali ke-8 ini, bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu dibantu oleh Jabatan Narkotik Kontinjen Sabah bertindak mengesan dan menangkap penagih dan pembekal dadah di bandaraya Kota Kinabalu.

Ops Sarang sedang dijalankan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sekitar Kampung Sembulan, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

“Lima lelaki dan dua wanita telah diberkas di sekitar Kampung Sembulann dan dalam operasi kali ini juga pihak polis telah berjaya membuat rampasan dadah jenis syabu dengan jumlah berat 0.40 gram,” katanya dalam satu kenyataan yang dikelurkan.

Kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seorang lagi suspek ditahan oleh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  di sekitar Kampung Sembulan, Kota Kinabalu dalam Ops Sarang. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

Habibi menambah, pihak polis juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana membantu pihak polis dalam menyalurkan maklumat dan berharap mendapat kerjasama berterusan dimasa hadapan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan