Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops Paradise marin gagalkan penyeludupan tayar bernilai RM5,114

  Anggota PPM menunjukkan pelbagai jenama tayar dan tiub tayar yang dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini. - foto ihsan PPM
Anggota PPM menunjukkan pelbagai jenama tayar dan tiub tayar yang dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini. – foto ihsan PPM

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan cubaan menyeludup masuk 23 unit tayar motosikal pelbagai saiz, jenama dan 58 tiup tayar motosikal juga pelbagai jenama dan saiz, bernilai RM5,114 di Laut Tanjung Batu di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner, Mohamad Madun berkata, rampasan itu dilakukan pada pukul 11.10 pagi selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah feri penumpang yang baharu tiba dari Nunukan, Indonesia.

“Sepasukan anggota PPM yang menjalankan Ops Paradise menemui barang-barang seludup itu di ruang kargo feri berkenaan dengan kapten feri gagal menunjukkan sebarang dokumen barang tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, PPM telah merampasnya dengan siasatan dijalankan mengikut Akta Kastam Seksyen 135 (1) (e) 1967 dan barangan tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan kawasan sekitarnya.

Muhamad menjelaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan sebarang jenis penyeludupan ke daerah ini dari negara jiran. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan