Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ops Pagar Laut di Sabah tangani penyeludupan

12:28pm 08/06/2016 Pak Roshan 246 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

apmm labuan

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meningkatkan kawalan bagi mengekang aktiviti keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penyeludupan di perairan Sabah yang dijangka meningkat sepanjang Ramadan serta menjelang Aidilfitri.

Ia dilaksanakan menerusi Operasi Pagar Laut yang dilancarkan Jumaat lalu bertujuan membanteras jenayah dan kesalahan di laut dengan tumpuan khusus di perairan pantai timur dan pantai barat Sabah.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar, berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lokasi ‘hotspot’ bagi aktiviti keluar masuk PATI serta penyeludupan di perairan negeri ini.

“Sepanjang musim perayaan, kemungkinan besar aktiviti penyeludupan meningkat disebabkan sesetengah pihak mahu mencari duit dengan cara cepat.

“Selain kawalan di perairan pantai timur, kita juga beri tumpuan di perairan Kota Kinabalu hingga Sipitang kerana aktiviti penyeludupan lebih banyak berlaku di kawasan terbabit.

“Kebiasaannya aktiviti penyeludupan membabitkan rokok,” katanya kepada media selepas Program Pengimarahan Ramadan APMM Wilayah Maritim Sabah dan Labuan di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan APMM, Samsuni Mohd Nor dan Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som.

Mengulas lanjut, Zulkifili berkata, pihaknya juga bersedia berdepan serta memberi bantuan terhadap apa juga situasi kecemasan di perairan negeri ini sepanjang Ramadan dan musim perayaan.

“Kami juga menekankan aspek keselamatan terutama bagi mereka yang berada di laut seperti nelayan dan pemancing serta mereka yang menyertai aktiviti sukan air.

“Nasihat saya, apabila berada di laut, mereka hendaklah berhati-hati dan bawa peralatan seperti jaket keselamatan dan jika menghadapi situasi cemas, terus berhubung dengan kami melalui talian kecemasan 999,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan