Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘OPS PACAK’ banteras penjualan rokok seludup

2:17pm 24/03/2016 Leolerry Lajius 158 views Jenayah,Tempatan
Dato' Hj. Matrang (tiga dari kiri) mengambil gambar besama wakil daripada agensi yang terlibat dalam 'Ops Pacak'.

Dato’ Hj. Matrang (tiga dari kiri) mengambil gambar besama wakil daripada agensi yang terlibat dalam ‘Ops Pacak’.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melancarkan ‘OPS PACAK’ dengan kerjasama pihak Polis, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai langkah untuk mencegah penyeludupan dan seterusnya memutuskan rangkaian bekalan rokok dan barang-barang kritikal lain daripada memasuki pasaran tempatan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato’ Matrang Hj. Suhaili, JKDM telah memulakan satu operasi khas membanteras penjualan dan pengedaran rokok melalui Ops Outlet sejak bulan Februari tahun 2010.

“Sehingga 29 Februari tahun ini, JKDM telah memeriksa sebanyak 45,473 buah outlet dan berjaya memperolehi sebanyak 11,473 kes dengan anggaran nilai barangan rampasan RM127.26 juta.”

“Kes-kes tangkapan ini melibatkan seramai 7,591 orang yang disyaki dan sebanyak 3,280 kes telah didakwa di mahkamah,”katanya ketika ditemui media sempena majlis pelancaran Ops Pacak di perkarangan Ibu Pejabat DBKK, di sini, hari ini.

Matrang turut menyatakan sasaran operasi ini ialah di kawasan-kawasan “hot spot” yang dikenalpasti terdapat aktiviti penyeludupan rokok haram dan minuman keras yang tinggi di sekitar Kota Kinabalu.

“Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Operasi ini, beberapa strategi baru telah dirancang iaitu mana-mana peruncit yang ditangkap menjual, mengedar atau memiliki rokok atau minuman keras boleh direman dan didakwa di bawah Akta Kastam 1967 dan bagi yang melibatkan warga asing akan didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Seramai 80 orang dari lima agensi itu akan terlibat dalam operasi ini yang akan diadakan selama tujuh hari sehingga 1 April nanti.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan