Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops Nyah Bersepadu,36 warga Filipina ditahan

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa menahan 36 orang warga filipina dalam satu operasi Ops Nyah Bersepadu yang dijalankan di tiga lokasi pagi tadi.

Kawasan berkenaan termasuk kawasan bakau Kampung Saga, kawasan rumah flat Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar Kionsom dan rumah kongsi jalan Bambangan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt.Mohd Azhar Hamin, operasi yang bermula  jam 2 pagi sehingga 7 pagi  yang melibatkan lapan orang pegawai dan 110 orang anggota itu turut memeriksa 52 orang warga filipina  yang lain.

“Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menanda sebanyak sembilan buah rumah untuk tujuan perobohan. Punca bekalan elektrik yang disambung secara haram diputuskan pihak Sabah Electricity Sendirian Berhad, “katanya.

Tambah beliau pihak polis juga menjalankan ujian kencing terhadap enam orang suspek dan empat orang daripadanya didapati positif dadah.- Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Pihak berkuasa ketika melakukan operasi tersebut
Pihak berkuasa ketika melakukan operasi tersebut

Komen


Berita Berkaitan