Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OPS MENCARI DAN MENYELAMAT WARGA EMAS DITAMATKAN

KOTA BELUD: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang hilang sejak 10 Ogos lalu, ditamatkan selepas usaha pencarian selama satu minggu gagal.

Ketua Polis Daerah Kota Belud mengistiharkan penamatan SAR berkenaan pada 17 Ogos jam 2 petang

Sebelum itu, Sinayoh binti Masukong, 86, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya apabila menyedari mangsa tidak pulang ke rumah seawal jam 6 pagi ketika itu selepas pergi ke hutan Kampung Taburan di sini.

Laporan kecemasan dibuat selepas 12 jam mangsa hilang.

Operasi SAR dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dengan bantuan penduduk setempat, pasukan Multi Task Team Jabatan Bomba, Penyelamat Malaysia (JPMB) Sabah, Pasukan Bomba Sukarela Kuala Abai, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan