Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops Letup VI dilancar

ops letup

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah percaya berada di landasan tepat bagi membendung pembakaran mercun dan bunga api bersempena Ops Letup VI pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Operasi itu akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berkuatkuasa kelmarin akan memberi fokus beberapa kawasan terutamanya di kampung dan bandar di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran.

Menurut Timbalan Pengarah JKDM Negeri Hamzah Sundang, bagi Ops Letup VI kali ini, pihaknya akan menyasarkan penurunan yang didorong daripada kesedaran masyarakat tentang bahaya bermain bunga api dan mercun.

Beliau berkata, individu yang didapati membeli, menyimpan atau membakar bunga api dan mercun tanpa permit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kastam dan Akta Bahan Hakisan serta Senjata Api 1958.

“Kita mahu masyarakat lebih menyedari akan bahayanya bermain mercun dan berdasarkan kejayaan Ops Letup yang lepas, sebenarnya telah menunjukkan penurunan memberangsangkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2012.

“Kastam dan polis tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam perkara ini kerana apa yang lebih baik adalah mencegah terlebih dahulu sebelum insiden tidak diingini seperti maut dan sebagainya boleh terjadi disebabkan bermain mercun,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan