Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

OPS Kesan Berhasil Tahan Seorang Suspek Kes Curi Motorsikal

10:28pm 14/08/2016 Pak Roshan 451 views Jenayah,Mutakhir

“Seorang lelaki telah melaporkan kehilangan sebuah motorsikal milik abang iparnya setelah menyedari ketiadaan motorsikal tersebut pada waktu Subuh beberapa minggu yang lepas”
*******************************
OPS KESAN BERHASIL TAHAN SEORANG SUSPEK KES CURI MOTORSIKAL

Tawau : Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dikerah ke lokasi bertempat di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas bagi mengesan seorang suspek kes kecurian motorsikal sepertiyang pernah dilaporkan.

Suspek warga asing itu tidak menyangka akan masuk ke perangkap polis telah melalui kawasan tersebut dengan menunggang sebuah motorsikal tanpa ragu.

Suspek yang hendak ditahan oleh polis mula bertindak agresif dan cuba melarikan diri. Namun tindakan pantas polis berjaya mematahkan cubaan itu dan akhirnya suspek tumpas.

Hasil pemeriksaan awal, motorsikal yang digunakan telah diubahsuai dan nombor flat juga ditukar. Namun hasil semakan nombor enjin dan nombor chasis, motorsikal tersebut adalah sama seperti yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

13924985_658466880979186_1229874557717212901_n 14034994_658466970979177_2811703371289873335_n tangkap

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan