Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops GST 1 Mac secara besar-besaran

Subromaniam Tholasy  (kiri) dan S. Kumaran memberikan penjelasan kepada pihak media dalam program Taklimat GST Kepada Pengamal Media Negeri Sabah. - foto Jabatan Penerangan
Subromaniam Tholasy (kiri) dan S. Kumaran memberikan penjelasan kepada pihak media dalam program Taklimat GST Kepada Pengamal Media Negeri Sabah. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengeluarkan notis amaran kepada syarikat-syarikat yang belum mendaftar di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), agar segera menunaikan tanggungjawab itu selewat-lewatnya sebelum 28 Februari ini atau terpaksa membayar kompaun sebanyak RM15,000.

Setakat ini, JKDM menganggarkan kira-kira 60,000 buah syarikat di negara ini belum berdaftar bagi melaksanakan GST yang akan mula dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia pada 1 April ini.

Pengarah Bahagian Cukai Barang dan Perkhidmatan JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy  berkata, notis berkenaan dikeluarkan dua hari lalu dan pengesanan terhadap syarikat yang belum berdaftar GST dibuat berdasarkan rekod pangkalan data jabatan terbabit.

“Pelaksanaan GST hanya kurang 50 hari lagi. Kita tahu siapa mereka, alamat dan pemilik perniagaan itu. Sebenarnya, kita sekarang mengambil pendekatan berhemah (ke atas syarikat-syarikat ini)… jadi tolonglah daftar dengan segera sebelum 28 Februari ini.,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Taklimat GST Kepada Pengamal Media Negeri Sabah di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk S. Kumaran dan Ketua Penolong Pengarah Unit Anti Pencatutan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Low Swee Hon.

Subromanian turut memberitahu, bermula 1 Mac ini Ops GST secara besar-besaran di seluruh negara akan diadakan di premis-premis perniagaan dan pihaknya akan membuat pendaftaran secara paksaan ke atas peniaga yang tidak mendaftar GST dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, ketua pengarah kastam di setiap negeri mempunyai kuasa untuk membuat pendaftaran secara paksa dan peniaga akan didakwa di mahkamah sekiranya gagal membayar kompaun.

“Walau bagaimanpun, itu bukan hasrat kita… kita tidak mahu membawa mereka ke mahkamah tetapi jangan memaksa kami. Justeru, datanglah dan segera berdaftar kerana peniaga perlu bersedia bagaimana nak membayar cukai, mungkin membuat perubahan kepada sistem mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 314,000 syarikat perniagaan seluruh negara telah berdaftar di bawah sistem GST. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan