Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops E-Blast periksa 20 premis hiburan, karaoke sekitar Tawau

 

TAWAU – Pejabat Kesihatan Persekitaran Tawau telah memeriksa sebanyak 20 premis perniagaan khususnya pusat hiburan, karaoke dan restoran dalam operasi Ops E-Blast yang dijalankan malam tadi.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe berkata, walau bagaimanapun dalam operasi selama tiga jam yang bermula pada pukul 9 malam itu, tiada sebarang tangkapan dilakukan.

“Ini kerana rata-rata premis perniagaan yang diperiksa mengetahui penjualan minuman beralkohol kepada individu berumur 18 tahun ke bawah adalah kesalahan serius. Kesemua premis yang dilawati mengetahui bahawa menjual minuman alkohol kepada golongan bawah umur adalah kesalahan serius yang boleh didakwa,’’ katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi berkenaan dilaksana mengikut dilaksana mengikut Peraturan 361 (4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sehubungan itu katanya, semua premis perniagaan atau pusat-pusat hiburan diminta mematuhi peraturan berkenaan bagi mengelakkan sebarang tindakan dan pendakwaan diambil.

Katanya, operasi tersebut yang diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Kenedi Matusin adalah susulan daripada operasi yang pernah dilakukan pada tahun lepas dan akan diteruskan dari semasa ke semasa. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan