Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops Daulat di Tanduo serlah erti sebenar kerjasama antara agensi

Mohd. Zaki (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta pada majlis itu. - foto Masani Sandan
Mohd. Zaki (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta pada majlis itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Bengkel Pengurusan Bencana oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) boleh dijadikan panduan sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menghadapi ancaman krisis atau bencana keselamatan sebenar.

Panglima Pemerintahan Medan Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, bengkel berkenaan dilihat dapat menyatukan tugas pelbagai agensi di bawah Esscom dan mewujudkan persefahaman yang lebih mantap sebagai satu pasukan.

Menurut Mohd. Zaki, penyatuan pelbagai agensi keselamatan di bawah satu pasukan bukan perkara mudah kerana banyak perbezaan dari segi tatacara kerja, bidang tugas dan budaya kerja itu sendiri.

“Walau bagaimanapun, operasi Ops Daulat ketika kejadian di Kampung Tanduo mengajar kita erti kerjasama yang sangat kuat antara agensi dalam mempertahan keamanan dan kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Penutupan Bengkel berkenaan yang diadakan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Mohd. Zaki berkata, bengkel berkenaan berjaya menjadi platform atau SOP dalam menghadapi ancaman pengganas atau penjenayah bersenjata.

“Saya harap bengkel ini yang telah banyak menggariskan panduan tatacara untuk bekerja sebagai satu pasukan dan merungkai pelbagai kemusykilan dapat membantu kerjasama lebih erat pada masa akan datang.

“Setiap pasukan keselamatan tiada ada yang sempurna maka kekurangan yang ada perlu ditampung oleh agensi atau pihak yang lain untuk mendapat hasil yang terbaik,” ujarnya sambil menambah semua agensi keselamatan juga perlu bersedia menghadapi kemungkinan ancaman dari pihak atau kumpulan tidak diduga.

Khususnya, kata beliau lagi kumpulan militan IS yang kini bergerak secara meluas di serata dunia perlu ditangani secara bersama bagi memastikan fahaman melampau militan itu tidak merebak ke dalam negara. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan