Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops Catut-GST: Empat restoran di Putatan diberi notis

Pegawai penguatkuasa mendengar penjelasan seorang peniaga.
Pegawai penguatkuasa mendengar penjelasan seorang peniaga.

KOTA KINABALU – Empat pengusaha restoran di Putatan diberikan Notis 21 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, di sini semalam.

KPDNKK dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata notis tersebut dikeluarkan selepas pengusaha terbabit didapati menaikkan harga jualan minuman di restoran masing-masing.

Katanya, pengusaha terbabit perlu melengkap maklumat di dalam notis tersebut sebelum dikembalikan kepada pejabat KPDNKK dalam masa tiga hari bekerja.

“Peniaga individu gagal atau enggan memberikan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh KPDNKK, boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Dalam operasi semalam, sebanyak 835 premis perniagaan di seluruh negeri telah diperiksa oleh KPDNKK dengan Jabatan Kastam.

Menurut kenyataan itu lagi, antara yang diperiksa dalam operasi bersepadu itu termasuk pemborong, pasaraya, kedai runcit, restoran, pasar malam dan pasar basah.

Sementara itu di Sandakan, seorang peniaga dikenakan kompaun RM300 mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, selepas didapati salah menggunakan alat penimbang yang tidak ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

“Sehubungan itu, peniaga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” tambahnya.

Orang ramai terutama para pengguna yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian 1-800-886-800 atau hadir di pejabat dan cawangan KPDNKK di seluruh negeri.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Pegawai penguatkuasa memeriksa salah sebuah restoran di Putatan.
Pegawai penguatkuasa memeriksa salah sebuah restoran di Putatan.


Komen


Berita Berkaitan