Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops Catut-GST: Dua peniaga diberikan notis

rps20150403_213214
OPS CATUT – GST… Pegawai penguatkuasa KPDNKK Sabah melakukan pemeriksaan di sebuah pasaraya.

KOTA KINABALU – Sebanyak 1,118 premis perniagaan telah diperiksa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah dalam Ops Catut-GST di negeri ini, semalam.

Antara premis yang diperiksa dalam operasi bersepadu itu termasuk pengilang, pemborong, pasaraya, kedai runcit, restoran, pasar malam dan pasar basah.

Operasi bersepadu yang masuk hari kedua pada Khamis itu turut menyaksikan sebanyak dua Notis 21 dikeluarkan oleh KPDNKK terhadap dua peniaga masing-masing di Sandakan dan Keningau kerana menaikkan harga barang jualan mereka.

“Notis 21 dikeluarkan kepada peniaga yang didapati menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka tanpa sebab munasabah,” menurut kenyataan KPDNKK di sini hari ini.

Katanya, peniaga terbabit perlu melengkap maklumat di dalam notis tersebut sebelum dikembalikan kepada pejabat KPDNKK dalam masa tiga hari bekerja.

“Peniaga individu gagal atau enggan mengemukan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh KPDNKK, boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Operasi itu turut mengenakan kompaun RM100 terhadap seorang peniaga di Sandakan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, selepas didapati salah menggunakan alat penimbang yang tidak ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

“Sehubungan itu, peniaga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” tambahnya.

Orang ramai terutama para pengguna yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian 1-800-886-800 atau hadir di pejabat dan cawangan KPDNKK di seluruh negeri.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Antara kedai runcit yang diperiksa oleh pegawai penguatkuasa KPDNKK Sabah.
Antara kedai runcit yang diperiksa oleh pegawai penguatkuasa KPDNKK Sabah.

Komen


Berita Berkaitan