Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ops Catut Bersepadu kesan peniaga warga asing

PERIKSA…. Alias membuat pemeriksaan alat timbang salah peniaga di Foh Sang, Luyang. – foto Ille Liyana / sayangsabah
PERIKSA…. Alias membuat pemeriksaan alat penimbang salah peniaga di Foh Sang, Luyang. – foto Ille Liyana / sayangsabah

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Imigresen menjalankan Ops Catut Bersepadu  bagi mengesan peniaga warga asing di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Alias Ahmad berkata operasi bersepadu yang buat pertama kali diadakan itu akan tertumpu di kawasan yang dijadikan lokasi berniaga secara haram oleh warga asing di negara ini terutama di Lembah Klang.

“Operasi itu juga adalah usaha pihak berkuasa untuk melindungi peniaga tempatan yang terjejas akibat aktiviti perniagaan warga asing terbabit,” katanya kepada media selepas mengetuai Ops Catut Bersepadu di Foh Sang, Luyang di sini hari ini.

Katanya, KPDNKK menerima banyak aduan daripada peniaga tempatan yang mendakwa hasil pendapatan mereka terjejas akibat kehadiran peniaga warga asing.

Alias menjelaskan bahawa, hanya warga asing yang mempunyai status Penduduk Tetap dan kalangan pelabur asing profesional sahaja yang diberikan lesen kebenaran untuk menjalankan perniagaan di negara ini.

“Berbeza dengan warga asing yang menggunakan pas lawatan sah ke negara ini terutama pendatang tanpa izin, mereka adalah dilarang menjalankan aktiviti niaga di mana-mana kawasan di negara ini,” katanya lagi.

Tindakan tegas termasuk pengusiran balik ke negara asal masing-masing akan dikenakan terhadap warga asing didapati melakukan kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, belum ada tangkapan dilakukan buat masa ini dan operasi bersepadu tersebut akan dijalankan dari masa ke semasa. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan