Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OPS CATUT 5.0 KPDNHEP SEHINGGA DISEMBER

Yahya (kanan) dan Ravichandran (dua kanan) membuat perbandingan harga barangan di salah sebuah premis melalui rekod harga yang diperolehi sebelum pelaksanaan SST. – Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Ops Catut 5.0 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan diteruskan sehingga Disember ini.

Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Ravichandran Vadivellu berkata, operasi berkenaan akan dijalankan bersama-sama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan tidak berlakunya pencatutan harga barangan selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Kita akan terus membuat pemeriksaan dan audit terhadap beberapa peniaga yang dikenal pasti jika berlaku kenaikan harga yang melampau.

“Senarai harga telahpun kita kutip sebelum 1 September di kebanyakan premis perniagaan yang ada kaitan dengan barangan penggunan biasa atau kegunaan harian.

“Dan kita akan buat perbandingan harga pada bulan sebelum dan selepas pelaksanaan SST yang mana adakah masih kekal atau dinaikkan,” katanya.

Yahya (kiri) dan Ravichandran (tengah) mendengar penjelasan peniaga berkenaan kos pengoperasian dan barangan mereka tidak disertakan dengan SST walaupun cukai itu diperkenalkan semula bermula bulan ini. – Gambar SNT/Alfred Petrus

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjalankan Ops Catut 5.0 bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia terhadap beberapa premis sekitar Kota Kinabalu hari ini.

Tambahnya, operasi pemantauan yang dijalankan itu juga akan melibatkan pegawai pemantau harga KPDNHEP di seluruh negeri yang membuat kutipan data setiap hari untuk mengesan trend harga barang-barang keperluan pengguna di pasaran.

“Selain itu, kita juga menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Friends of KPDNHEP sebagai sumber kami iaitu melihat jika berlaku kenaikan harga barangan atau perkhidmatan.

“Masyarakat juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan isu ini melalui bilik gerakan atau laman sesawang KPDNHEP.

“Selain itu, boleh juga memberikan maklumat melalui aplikasi Whatsapp KPDNHEP di talian 0192794317,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Yahya Sulaiman menasihatkan kepada semua premis perniagaan agar tidak menaikan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya selaras dengan pelaksanaan SST.

Yahya berkata, jika kenaikan itu disebabkan oleh cukai jualan dan perkhidmatan, pihaknya tiada masalah berkenaan isu tersebut.

“Namun, jika bukan disebabkan kedua-dua cukai ini, kami akan mengambil tindakan selaras dengan peraturan sedia ada iaitu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” jelasnya. –SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan