Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OPERASI SAR PEMANCING TERJATUH DI LAUT MASUK HARI KEDUA

Hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terjatuh dari bot ketika memancing di perairan Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang pemancing yang terjatuh di laut awal pagi kelmarin diteruskan hari ini meliputi kawasan tempat kejadian di Teluk Sepanggar sehingga perairan Putatan.

Pegawai Perhubungan Awam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah Leftenan Muda Maritim Nuraisyah Najwa Mehip Abdullah berkata pencarian dibahagikan kepada lima sektor dengan keluasan 97 batu nautika persegi secara keseluruhan.

Walaupun demikian setakat jam 4petang hari ini mangsa masih gagal dikesan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terjatuh dari bot ketika memancing di perairan Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kota Kinabalu

Nuraisyah berkata aset yang terlibat dalam operasi itu termasuklah Bot Pengawal 39 dari APMM, Bot RH dari Pasukan Gerakan Marin, Combat Boat (CB90) dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan tiga bot masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, ahli perniagaan Chong Cheon Kean, 48 terjatuh di perairan Pulau Sepanggar selepas bot dinaiki dihempap ombak sederhana kuat semasa mangsa membaling pancing ke laut.

Anak mangsa yang bersama beliau dengan tiga lagi rakan membuat laporan polis lebih kurang jam 5.20 pagi selepas usaha mereka mencari mangsa gagal.

Operasi SAR diaktifkan jam 8 pagi kemudian.

Operasi hari ini masih diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan