Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi SAR Kru Kapal Jatuh Ke Laut Diteruskan Pagi Ini

10:29am 16/02/2016 Pak Roshan 5895 views Isu Semasa,Mutakhir
hilang

Sudarmin ( gambar Kecil )

KUALA TERENGGANU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal ‘FMSUV FOS LEO’ yang terjatuh ke dalam laut akan diteruskan pagi ini.

Menerusi kenyataan media Unit Perhubungan Awam Wilayah Maritim Timur (WILTIM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini, usaha SAR terhadap Sudarmin Aminuddin, 31 yang bermula sejak dua hari lepas telah dihentikan pada pukul 7 malam semalam.

Sudarmin berasal daripada Tawau, Sabah dan dikatakan sedang menjalani latihan menyelamat “Fast Rescue Force” di atas kapal berkenaan sebelum terjatuh.

Selain itu kenyataan itu juga menyatakan bahawa sebuah kapal “MV Setiawangsa” (Syarikat Lunding Malaysia) yang membawa Kenderaan Kawalan Jauh (ROV) telah ke lokasi dan dijangka tiba pada pukul 6 pagi ini.

“Pada 14 Feb 2016 jam 2.10 petang, Maritime Rescue Command Centre (MRCC) telah menerima aduan berkaitan seorang kru ‘Floating Production Storage Off Loading Vessel (FPSO)’ dari kapal “FMSUV FOS LEO” telah jatuh ke laut.

“Lokasi kejadian di kawasan pelantar minyak Bertam lebih kurang 86.7 batu nautika (BN) dari Tanjung Berhala, Kemaman dan 5BN dari sempadan perairan negara.

MRCC telah menghubungi Maritime Rescue Sub Centre Kuantan (MRSC) pada jam 2.17 petang dan memaklumkan tentang kejadian tersebut. Pihak kapal FMSUV FOS LEO juga telah melakukan kerja mencari dan menyelamat dengan menggunakan bot keselamatan namun tidak ditemui,” katanya.

Menurut Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee, operasi SAR telah diaktifkan pada 14 Feb 2016 pukul 3.30 petang dan Wilayah Maritim Timur (WILTIM) telah mengarahkan kapal KM Redang ke lokasi kejadian bersama tujuh penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diketuai seorang pegawai dari Tanjung Gelang, Kuantan.

“Semasa kejadian, keadaan laut dengan ombak 1 hingga 1.5 meter manakala angin 20 hingga 30 kilometer sejam. Pihak TLDM Tanjung Gelang juga memaklumkan telah mengarahkan kapal KD Gempita ke lokasi kejadian untuk membantu operasi SAR.

Semalam (15 Feb), jam 8.00 malam, sebuah kapal “MV Setiawangsa” (Syarikat Lunding Malaysia) yang membawa Kenderaan Kawalan Jauh (ROV) telah ke lokasi dan dijangka tiba pada pukul 6 pagi ini,”katanya. – BERNAMA

Sudarmin

Sudarmin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan