Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi SAR di perairan Kudat masuk hari ke-8

1:49pm 10/05/2016 Pak Roshan 126 views Isu Semasa,Mutakhir
Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som menerangkan lokasi enjin sangkut ditemui oleh nelayan di utara Simpang Mengayau, Kudat. - Foto Dewiana Tinggolongon

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som menerangkan lokasi enjin sangkut ditemui oleh nelayan di utara Simpang Mengayau, Kudat. – Foto Dewiana Tinggolongon

KUDAT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat mangsa termasuk tiga pelancong yang hilang sejak 2 Mei lalu, memasuki hari kelapan dengan tumpuan pencarian di kawasan timur perairan Simpang Mengayau.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Som, berkata bot pukat tunda nelayan tempatan turut dikerah meneruskan kerja mencari bangkai bot serta enjin sangkut di kawasan terbabit.

Ahad lalu, sekumpulan nelayan menemui bangkai bot dan dua enjin sangkut ketika memukat di perairan terbabit, namun hanya satu enjin dapat dibawa naik.

Mohd Zubil berkata, pasukan penyelam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan meneruskan penyelaman bagi mengesan empat individu terbabit, selain mencari bangkai bot serta satu lagi enjin sangkut.

“Semalam pasukan penyelam melakukan tiga kali penyelaman namun tidak mendapat penemuan baharu,” katanya di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, operasi penyelaman hari ini diteruskan di lokasi sama iaitu sekitar perairan 2.8 batu nautika di utara Simpang Mengayau.

Kelmarin, adik kepada Tommy Lam Wai Yin, 45, iaitu salah seorang mangsa yang hilang, mengesahkan enjin sangkut ditemui di perairan Simpang Mengayau adalah yang digunakan empat individu berkenaan ketika pergi ke Pulau Balambangan, 2 Mei lalu.

Selain Tommy iaitu warga China yang juga pemilik sebuah pusat peranginan di Tanjung Simpang Mengayau, turut hilang ialah suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun dan wanita tempatan yang juga pekerja pusat peranginan, Armella Ali Hassan, 23. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan